'Gedebak......gedebuk......gedebak......gedebuk...'
Itu sahajalah bunyi yang aku dengar pada saat ini. Alangkah pedih dan hancur hatiku bila diperlakukan sebegitu.
' Ibu , apa dosaku '
' Ayah, kenapa kau pergi dulu '
' Borhan, ikhlaskah kau menerima ibuku dan anak-anaknya yang bukan darah dagingmu'
' Tuhan, berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi semua ini '
Ku beralih pandang memandang ibuku yang diam membisu. Air mataku yang cuba kutahan sejak tadi akhirnya mengalir juga. Semakin deras kurasakan air mataku. Bukan aku menangis kerana sakit dipukul oleh Borhan. Tetapi hati ku sakit dan terkilan melihat ibuku hanya bersimpuh melihat aku dipukul oleh Borhan.
Mengapa ibu kau berdiam diri?Mengapa tidak kau pertahankan aku? Aku ini anakmu,ibu. Aku ini darah dagingmu hingga ke akhirat kelak. Aku ini adalah insan yang mampu memberikan kau ketenangan bila kau sudah tiada. Bukan lelaki itu. Bukan lelaki itu yang hanya mahu menumpang kesenanganmu. Ini rumah arwah ayahku. Selayaknya aku lebih berhak ke atas rumah ini, tetapi mengapa kau biarkan lelaki durjana itu menyakitiku, membuat rumah peninggalan ayah seperti hak miliknya.
Bukan harta yang kumahukan darimu,ibu. Aku hanya dambakan kasih-sayang dan perhatianmu. Ingin sekali aku menjaga kenangan ayah walaupun ayah tidak sempat untuk merasa tinggal di rumah ini. Aku rindukan ayah, wahai ibuku. Aku juga mengharap agar engkau tidak buta untuk menilai cinta.
Bagiku ibu, cinta seorang kekasih ibarat habis madu sepah dibuang. Akan tetapi ibu, cinta seorang anak yang menyayangimu akan kekal sepanjang zaman. I love you ibu walau apa jua tindakanmu yang membuatku pilu, tetapi untukmu wahai lelaki......NO...NO...NO....
Gambar Hiasan
Credit to: Google Images
.........Bersambung........
Teruskan ke : BAB 1
No comments:
Post a Comment